Sari tumbuhan (Cina ringkas: 浆; Cina tradisional: 漿; pinyin: jiāng, bahasa Inggeris: plant milk "susu tumbuhan") berwarna keputihan dan rasa berlemak seperti susu malah diminum seumpamanya sama ada langsung atau ditambahkan ke dalam masakan sebagai pengganti tenusu. Kandungan proteinnya pula berbeza-beza mengikut sumber tumbuhan asal. Ia tidak mengandungi laktosa atau kolesterol, dan biasanya dijual dengan tambahan kalsium dan vitamin, terutamanya B12.
Terdapat beberapa sebab untuk mengambil air sari tumbuhan: sebab etika (kebajikan haiwan), keperihatinan terhadap alam sekitar, sebab kesihatan termasuk kekurangan daya cerna laktosa, alahan susu dan PKU; amalaan pemakanan termasuk veganisme dan ovo-vegetarianisme atau agama, seperti dalam beberapa mazhab Kristian sebelum Paskah; atau kerana citarasa sendiri.
Kandungan nutrisi susu lembu, susu soya dan susu badam | |||
---|---|---|---|
Susu lembu
(jenis penuh, vitamin D ditambah)[1] |
Susu soya
(tanpa gula; kalsium, vitamin A dan D ditambah)[2] |
Susu badam
(tanpa gula)[3] | |
Kalori (cawan, 243 g) | 149 | 80 | 39 |
Protein (g) | 7.69 | 6.95 | 1.55 |
Lemak (g) | 7.93 | 3.91 | 2.88 |
Lemak tepu (g) | 4.55 | 0.5 | 0 |
Karbohidrat (g) | 11.71 | 4.23 | 1.52 |
Serat (g) | 0 | 1.2 | 0 |
Gula (g) | 12.32 | 1 | 0 |
Kalsium (mg) | 276 | 301 | 516 |
Kalium (mg) | 322 | 292 | 176 |
Natrium (mg) | 105 | 90 | 186 |
Vitamin B12 (µg) | 1.10 | 2.70 | 0 |
Vitamin A (IU) | 395 | 503 | 372 |
Vitamin D (IU) | 124 | 119 | 110 |
Kolesterol (mg) | 24 | 0 | 0 |