Nota:terbubar setelah diserap dalam syarikat Scoot
| |||||||
Ditubuhkan | 12 Disember 2003 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Operasi ditamatkan | 25 Julai 2017 | (bergabung dengan Syarikat Penerbangan Scoot)||||||
Hab | Lapangan Terbang Changi Singapura (Changi) | ||||||
Program kesetiaan | KrisFlyer | ||||||
Perikatan | Value Alliance (2016-2017) Star Alliance (sekutu; 2003-2017) | ||||||
Pesawat | 31 (jumlah keseluruhan armada) | ||||||
Destinasi | 28 | ||||||
Syarikat induk | Tiger Aviation[1] Budget Aviation Holdings[2] | ||||||
Ibu pejabat | Singapura | ||||||
Orang penting | |||||||
Laman web | www www.tigerairways.com/tigerair.com (laman web tidak berfungsi) |
Tiger Airways Singapore Pte Ltd (SGX: J7X), beroperasi sebagai Tiger Airways Singapore, adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah berpengkalan di Singapura. dengan hab utamanya di Lapangan Terbang Changi. Ditubuhkan pada September 2003, Tiger Airways adalah syarikat penerbangan kos rendah yang terbesar di Singapura berdasarkan jumlah penumpangnya. Pada 2006, ia telah melayani 1.2 juta penumpang, penumbuhan 75% dari tahun yang lepas.[5]
Tiger Airways adalah penerbangan pertama yang beroperasi dari Terminal Bajet di Lapangan Terbang Changi bagi mencapai jimatan dalam kos pengendalian.[6]. Walaupun terdapat saingan dari syarikat-syarikat penerbangan serantau, ia masih ingin memberi fokus kepada penerbangan ke destinasi-destinasi yang mengambil masa 5 jam dari habnya, Singapura.[7]
Penerbangan ke India dimulakan pada Oktober 2007, dan terdapat rencana untuk berkembang ke Malaysia.[8] [9] Rencana awal untuk mendirikan sebuah hab di Manila (Clark) digantung.
Penerbangan ini telah merauh keuntungan sebanyak SGD$1 juta untuk suku tahun yang berakhir pada 30 September 2007.
dan telah disenaraikan di Bursa Saham Singapura dengan nama Tiger Airways Holdings pada Tahun 2010. Pada Bulan Oktober Tahun 2014, syarikat induk Tiger Airways Holdings menjadi anak syarikat Kumpulan SIA, yang mengambil saham pemilikan 56%. [10]
Pada Tarikh 18 Mei 2016, Syarikat Penerbangan Singapore Airlines menubuhkan Budget Aviation Holdings, sebuah syarikat induk untuk memiliki dan menguruskan syarikat penerbangan bajetnya Scoot dan Tiger Airways, berikutan penghapusan Tiger Airways dari Bursa Saham Singapura. [11] Tigerair bergabung dengan Scoot pada 25 Julai 2017, beroperasi di bawah jenama Scoot. [12]
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)