Cencaluk | |
---|---|
Jenis | hidangan sampingan |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Melaka |
Dicipta oleh | Melayu |
Bahan utama | Udang geragau |
Maklumat lain | Budu |
sunting · sunting di Wikidata |
Cencaluk (Jawi: چنچالوق ) ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, yang difermentasi dalam balang fermentasi(penapaian) cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.