Kerajaan Merina Kerajaan Imerina Fanjakan'Imerina | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
1540–1897 | |||||||
| |||||||
Cogan kata: "Tsy adidiko izaho samy irery, fa adidiko izaho sy ianao" (Bahasa Malagasi) "Bukan hanya tanggungjawab saya, tetapi tanggungjawab saya dan kamu" | |||||||
Lagu kebangsaan: Andriamanitra ô! Tahionao ny Mpanjakanay Tuhan, berkatilah Ratu kami! | |||||||
Ibu negara | Antananarivo | ||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Malagasi | ||||||
Agama | Kepercayaan adat, Protestan (sejak 1869) | ||||||
Kerajaan | Kerajaan mutlak (1540–1863) Kerajaan berperlembagaan (1863–1897) | ||||||
Raja | |||||||
• 1540–1575 | Andriamanelo (terawal) | ||||||
• 1883–1897 | Ranavalona III (terakhir) | ||||||
Perdana Menteri | |||||||
• 1828–1833 | Andriamihaja (terawal) | ||||||
• 1896–1897 | Rasanjy (terakhir) | ||||||
Era Sejarah | Pra-jajahan | ||||||
• Pertabalan raja Andriamanelo | 1540 | ||||||
• Pengepungan istana kerajaan oleh Perancis | 1897 | ||||||
| |||||||
Sekarang sebahagian dari | Madagaskar |
Kerajaan Merina atau Kerajaan Imerina (k.k. 1540-1897) adalah kerajaan yang pernah didirikan di pulau Madagaskar mendominasi sebahagian besar pulau tersebut. Pusat kerajaan ini terletak di dataran tinggi pulau ini iaitu dataran Imerina yang dihuni oleh kelompok etnis Merina bangsa Malagasi; dataran ini menempatkan ibu kota Antananarivo dan mantan ibu kota spiritual di Ambohimanga.
Kerajaan ini ditumpaskan pihak Perancis pada 1897 berikutan pengepungan dilakukan ke atas ibu kota kerajaan tersebut.