Pergunungan Karpatos merupakan pergunungan yang terbentang di sepanjang Eropah Tengah dan Timur, menjadikannya pergunungan terbesar di Eropah. Pergunungan ini merupakan tempat tinggal bagi beruang, serigala, chamois dan lynx.
Pergunungan ini terbentang di Czech, di Slovakia, di Poland, di Hungary, di Serbia dan di Romania. Bandar penting yang terletak berdekatan dengan pergunungan ini ialah Bratislava dan Košice di Slovakia; Kraków di Poland; Cluj-Napoca, Sibiu dan Braşov di Romania; dan Miskolc di Hungary.