Teh (Jawi: تيه ) ialah minuman dihasilkan daripada seduhan panas atau sejuk daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis yang berasal dari China dan Asia Timur.[1] Minuman ini memberikan rasa harum manis atau pahit bergantung kepada jenis baka dan cara daun-daun tersebut diproseskan;[2] kandungan kafeina ia memberikan rangsangan dalam badan.[3] Air ini merupakan minuman berperisa paling luas diminum serata dunia[4] yang boleh dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah, bunga dan perasa buah.
Minuman ini dahulunya diminum sebagai suatu air berubat dalam kalangan masyarakat di China Barat Daya, Tibet, utara Myanmar dan India Timur Laut.[5][6] Ia dimasyhurkan dalam kalangan masyarakat dinasti Tang yang merebak luas serata Asia Timur. Perkenalan ia kepada paderi-paderi Jesuit dan saudagar Portugis membawa tumbuhan ini ke dunia Barat di Eropah pada pertengahan abad ke-16. Ia menjadi minuman paling digemari di Eropah pada abad ke-18,[7] pengutamaan ia di mata Empayar British khususnya banyak mendorong dasar-dasar dan kejadian sejarah yang berkaitan dengan ia di seluruh dunia.
Camellia sinensis originated in southeast Asia, specifically around the intersection of 29th parallel and 98th meridian, the point of confluence of the lands of southwest China and Tibet, north Burma, and northeast India, citing Mondal (2007) p. 519