Rendang | |
---|---|
Nama alternatif | Minangkabau: Randang |
Jenis | Beef dish, hidangan ayam, hidangan ikan, lamb dish, santapan, makanan, lauk |
Tempat asal | Tanah Tinggi Minangkabau, Sumatera Barat[1][2][3][4] |
Kawasan/rantau | Sumatera Barat, Indonesia |
Masakan berkaitan | Indonesia,[5] Malaysia,[3] Singapura,[3] Brunei |
Bahan utama | Daging lembu, kambing atau kerbau,[3] santan, cili, halia, lengkuas, kunyit, serai, bawang putih, bawang merah |
Bahan yang biasa digunakan | Daging, coconut cream, rempah, Lemongrass, Tilia leaf, Asam gelugur, turmeric, Buah Keras, Bunga lawang, bawang putih, Cili, garam |
Cara penyediaan | Union, Tumis, merebus, low-temperature cooking |
Keragaman/variasi | rendang ayam, rendang itik, rendang hati, rendang limpa |
sunting · sunting di Wikidata |
Rendang (Jawi: رندڠ ) atau randang (Jawi: راندڠ ) merupakan hidangan asli bangsa Minangkabau yang menduduki kawasan pergunungan tinggi Sumatera Barat, Indonesia[6] ia disediakan dengan memasak daging bersama santan, lada, dan banyak rempah ratus sehingga kering. Ia salah satu makanan khas budaya Minangkabau, penyajian ia turut meluas di antara masyarakat suku Melayu dan Maranao (di Mindanao) dalam rantau Nusantara.[7]
Rendang lazimnya disajikan di rumah-rumah makan Padang seluruh dunia. Namun, ia khusus amat terkenal dan disajikan di acara-acara seremonial dan untuk menghormati para tamu[8] serta pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, mahupun kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkhatan, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.[8]
Ia dimakan sebagai lauk bersama sebarang jenis nasi sesuai baik lemang, pulut kuning, ketupat palas, ketupat nasi malah juga roti atau diratah makan begitu sahaja. Perisa yang unik terbawa pada rendang ini sungguh digemari ramai hingga ia diolah menjadi makanan masakan luar lain seperti spageti, mi dan mi segera, burger, hingga ke susyi.[9]
The curry (rendang), which originates from West Sumatra in Indonesia, is popular in Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and southern Thailand.
Rendang originated from the Minangkabau people of West Sumatra in Indonesia, who cooked it with water buffalo – an important animal in Minangkabau culture – not chicken or beef for which the dish is probably best known.